Labels

Khamis, 22 Oktober 2009

Jom Try Ni Plak


Join Catcheye :!!!!
* You will receive reward points by viewing our ads, which can be converted into cash or other prizes.
* The more ads that you view, the higher your chance of winning our attractive monthly prizes such as jackpot, free gifts and more!
* Earn more reward points by inviting others to join Catcheye. They will become part of your network and contribute a portion of their points to you!
* With Catcheye's charity programme, you can even choose to associate yourself with a charity organization and raise fund for them by viewing ads.

click this link to register:http://www.catcheye.com.my/?r=3495

Rabu, 21 Oktober 2009

If You're Feeling Sleepy When Study, Time To Do Some Exercise.

Do a bit of taichi la...
as an intro & warming up...
(and for the eyes, too)

Follow like this...
to relax ur shoulder & neck muscle la....


Waa..wa..aaa..!!



Move to ur right den to ur left...



Move to ur left den to ur right...



Juz follow la... rotate head. . . bend over . . . . dun get ur head twisted k....


Smack ur forehead harder & harder, like dis....
to prevent from feeling sleepy lor... (actually, just tap the head will do)


den make movement of ur hand & body like dis...
do juz like as if u r feeling happy....


den shake ur legs & body a bit lor.....
do it as if u dun have any problem...


do vigorously as u can... dun bother wat other people say lor....


Imagine - GONE. . . ALL the stress..!!..



turning ur head round & round.... and hips round and round!!


look yurself in de mirror & de same time do some shaking of ur body...pretty/handsome huh..?!!?...


last but not least, dance like a cat...




if you still feeling sleepy...better you go sleep lor...


k gud luck.....

Kenapalah Aku Selalu diUji??????

Pernahkah tertimbul dihati kita ini,bilamana kita ditimpa malang musibah dan pelbagai rintangan mesti hati kita akan merungut...( contoh!!!!:Adoh kenapalah aku juga yg slalu diuji,aku ni sembahyang cukop,puasa xpenah tinggal,tp tetap ditimpa kesusahan...)....Pejamkan mata kita, Istiqfar byk2,renungkan kembali kepada firman Allah SWT:

KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

-Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu,

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka .....

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung.

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!

..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

-Surah Yusof ayat 87

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah SWT..sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..kerana ialah penawar..penawar untuk kita..marilah kita kembali kepada Al-Quran..Rasulullah SAW berwasiat dalam sebuah hadist riwayat Ibnu Abdil Barr: "Aku telah meninggalkan kepadamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya."

Wassalam.....

Sabtu, 17 Oktober 2009

Kekuasaan Allah SWT



Pada 30 september 2009 sekali lagi dunia dikejutkan dengan kekuasaan Allah SWT dengan berlakunya Gempa Bumi di Padang,Indonesia yang telah meragut ramai nyawa penduduk di
situ..Sebagai umat Islam kita tahu bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...mungkin ini adalah sebahagian daripada petunjuk dan peringatan daripada Allah SWT kepada kita..kita juga tahu bahawa kejadian bencana alam yang berlaku ini juga merupakan sebahagian drpd tanda-tanda kiamat iaitu kerap berlakunya bencana alam di muka bumi ini.



Pada10/10/09,aku telah menyertai ”Seminar Patriotisme & jatidiri” (BTN) anjuran Universiti Malaysia Perlis. Melalui program itu aku telah mendapat maklumat mengenai beberapa ilmu daripada tuan penceramah mengenai kekuasaan Allah SWT.Beliau telah memberitahu beberapa kejadian yang Ajaib berlaku ketika gempa bumi di Padang.

Gempa di padang pada 30 september 2009

Gempa pertama berlaku pada jam 17:16 ptg….

Terjemahan drpd surah 17. Al-Israa’ ayat 16
”Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.”

Gempa kedua berlaku pada jam 17:58 ptg..

Terjemahan drpd surah 17. Al-Israa’ ayat 58


”Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)”.

Gempa seterusnya berlaku pada keesokan harinya pula pd jam 8:52 pg

Terjemahan drpd surah 8. Al-Anfal ayat 52


”(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.”


Awan yang bertuliskan Allah muncul tiga hari selepas gempa bumi di Padang

Semua yang berlaku itu adalah kekuasaan Allah SWT...Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang.Kita sebagai umat Islam haruslah sedar dan menjadikan kejadian ini sebagai peringatan kepada kita semua bukannya untuk mereka di sana sahaja.Walaupun negara kita Malaysia tidak terletak pada kawasan Lingkaran Api Pasifik,ttp semua itu tidak mustahil bagi kekuasaan Allah..Kita patut besyukur kerana berada di bumi Malaysia ini,ttp jgn lah kita lupa pada kekuasaanNya.
Firman Allah dalam surah Ya-Sin ayat 82 :

”Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.”

Oleh itu,marilah sama-sama kita bertaubat dan kembali ke jalan Islam yang sebenar.Sebagai umat Islam kita harus saling peringat memperingati antara satu sama lain.Yang baik itu datangnya daripada Allah,dan yang lemah itu datangnya daripada diriku seorang hambaNya yang lemah..Al-Fatihah kepada umat Islam yang terkorban..

TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :

1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkan tetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.
3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5. Cukai ditinggikan.
6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.
8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna alat perancang keluarga.
9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12. Banyak berlaku gempa bumi.
13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.
15. Banyak berlaku rasuah.
16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhammad SAW.
17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18. Hubungan keluarga pecah belah (anak derhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.

Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:

1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dari aqidah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).