Kita tercipta drpd ibu bapa kita dan
sekiranya ibu bapa tiada atau salah seorgnya tiada,
tentu shj kita tidak mungkin dilahirkan ke dunia ini..
Cuba kita renung dan fikirkan,bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak pernah ada,tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pernah dilahirkan ke dunia.Jika Allah SWT tidak mencipta kita,sudah pasti kita tidak ada.Jika kita tidak ada, sudah tentu kita tidak mengetahui adanya alam semesta yg luas ini.Tentu kita tidak kenal matahari dan bulan,tidak kenal manisnya gula, lazatnya makanan dan hidangan.Kita jg tentunya tidak dpt merasakan indahnya rasa kasih sayang,cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai.
Syukur, Alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud.Kita sudah dpt menyaksikan keindahan alam maya,dpt melihat pelbagai warna dan pemandangan,melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yg menghiasai segala ruang angkasa.Kita sudah dpt menikmati pelbagai makanan dan hidangan yg lazat dan enak.Kita jg telah dpt merasai betapa indahnya belaian kasih sayang,cinta dan saat-saat kebahagiaan.
kasihilah ibu bapa kita sepanjang hayat mereka..ketahuilah y mereka telah membesarkan kita.semua kerenah,kedegilan kita tetap mereka sabar membesarkn kita..sesungguhnya jasa n pengorbanan mereka tidak mampu kita balas seumor hidop kita...p/s-bila dh besar,jgn suka-suki buang makpak k
Bersyukur kita dpt merasai nikmat kasih sayang dan cinta
Seterusnya kita dpt mengenali siapa pencipta kpd semuanya ini termasuk alam yg maha luas ini.Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya.Inilah sebenarnya nikmat terbesar yg telah Allah kurniakan kpd kita.Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kpd Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita,bahkan telah memilih kita menjadi umat-Nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya.Sehingga kita dpt mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.

ALHAMDULILLAH
4 ulasan:
betul
hargai setiap detik,ruang dan peluang~
entry yg menarik..
salam berjalan2~ =p
salam...
muhasabah dri jap =D
respect gle kt die =D
alhamdulillah.......
tq for sharing
Catat Ulasan