Sabtu, 17 Oktober 2009
Kekuasaan Allah SWT
Pada 30 september 2009 sekali lagi dunia dikejutkan dengan kekuasaan Allah SWT dengan berlakunya Gempa Bumi di Padang,Indonesia yang telah meragut ramai nyawa penduduk di
situ..Sebagai umat Islam kita tahu bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...mungkin ini adalah sebahagian daripada petunjuk dan peringatan daripada Allah SWT kepada kita..kita juga tahu bahawa kejadian bencana alam yang berlaku ini juga merupakan sebahagian drpd tanda-tanda kiamat iaitu kerap berlakunya bencana alam di muka bumi ini.
Pada10/10/09,aku telah menyertai ”Seminar Patriotisme & jatidiri” (BTN) anjuran Universiti Malaysia Perlis. Melalui program itu aku telah mendapat maklumat mengenai beberapa ilmu daripada tuan penceramah mengenai kekuasaan Allah SWT.Beliau telah memberitahu beberapa kejadian yang Ajaib berlaku ketika gempa bumi di Padang.
Gempa di padang pada 30 september 2009…
Gempa pertama berlaku pada jam 17:16 ptg….
Terjemahan drpd surah 17. Al-Israa’ ayat 16
”Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.”
Gempa kedua berlaku pada jam 17:58 ptg..
Terjemahan drpd surah 17. Al-Israa’ ayat 58
”Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)”.
Gempa seterusnya berlaku pada keesokan harinya pula pd jam 8:52 pg
Terjemahan drpd surah 8. Al-Anfal ayat 52
”(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.”
Awan yang bertuliskan Allah muncul tiga hari selepas gempa bumi di Padang
Semua yang berlaku itu adalah kekuasaan Allah SWT...Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang.Kita sebagai umat Islam haruslah sedar dan menjadikan kejadian ini sebagai peringatan kepada kita semua bukannya untuk mereka di sana sahaja.Walaupun negara kita Malaysia tidak terletak pada kawasan Lingkaran Api Pasifik,ttp semua itu tidak mustahil bagi kekuasaan Allah..Kita patut besyukur kerana berada di bumi Malaysia ini,ttp jgn lah kita lupa pada kekuasaanNya.
Firman Allah dalam surah Ya-Sin ayat 82 :
”Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.”
Oleh itu,marilah sama-sama kita bertaubat dan kembali ke jalan Islam yang sebenar.Sebagai umat Islam kita harus saling peringat memperingati antara satu sama lain.Yang baik itu datangnya daripada Allah,dan yang lemah itu datangnya daripada diriku seorang hambaNya yang lemah..Al-Fatihah kepada umat Islam yang terkorban..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan